Tuesday, December 8, 2009

adakah transformasi akan berlaku?

Hari ni adalah hari yg bercampur gaul. Dan minggu ni dapat dirumuskan [walaupun baru hari ke-2 minggu ni, tetiba dah merumus..huhu] adalah sangat mencabar bagi saya. Alhamdulillah, penangguhan kali ke-2 nampaknya tak sia-sia [setakat ni lah].

Pagi tadi saya dah pergi mendapatkan surat interview yang sangat dinanti-nantikan tu, either it's just for formality or not [saya pun tak berani nak kata confirm dapat] tapi at least i'm getting nearer to it. Sangat seronok melihat surat tu walaupun sebenarnya hari interview tu adalah tulat {esok, lusa, tulat] bersamaan hari Jumaat [yang penuh keberkatan, ameen] bersamaan hari keberangkatan saya & family ke Jakarta.

Ouchhh.. bagaimanakah? Interview pukul 9pagi, flight 9.50pagi [mungkin perlu mintak interviewers yg seramai 4-5 org tu datang interview kat rumah saya lepas subuh??] lupakan sajalah. Nampaknya perjalanan akan jadi lebih adventurous di mana family saya akan terbang dulu sementara saya berjuang di bilik interview pastu saya catch later flight [terbang 300+, sedih2] jadi saya harap interview ni worth for money spend untuk beli tiket baru [tapi belum beli pun lagi, tangan ni nak je gi click tapi kejap lagi lah]. Tetiba masa ni berharap air asia bagi message flight delay 3 jam ke so tak payah beli tiket baru..

Petang tadi HudaS outing ke Sogo apa lagi kotak merah lah, seronok sebab banyak lagu baru yang memang dinanti-nanti. Thanks to ms hood, lagu2 old skool yang dipilih adalah terbaek!! hihi.. sebenarnya sekarang ni HudaS sedang berada dalam fasa transformasi kerjaya. Masing-masing bakal mendapat environment kerja baru jadi saya doakan kami semua berjaya!!

Sunday, December 6, 2009

Ketika Cinta Bertasbih


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


Friday, December 4, 2009

sebulan dari sekarang

Sebulan dari sekarang baru sy akan pasti kat mana saya akan berada sebenarnya. Tangguh dah masuk 2 kali tapi keputusan tak tau lagi, sana atau sini? Jadi, sabarlah menanti.. Memang betullah kita ni hanya merancang, Allah yang menentukan.. Walaupun baru minggu lepas seolah-olahnya saya ni macam dah ada keputusan rasmi, rupa-rupanya di saat2 akhirlain yang jadi. Once again, sabarlah menanti.. bisikku kpd diri sendiri [cewah ayat :P]

**Bertawakal padaNya**

Tuesday, December 1, 2009

mesin cahaya masa

Saya nak naik mesin cahaya masa, nak tumpang bilik nobita, masuk ikut laci meja study dia sebab hari ni saya masih tak dapat membuat keputusan sebab saya pun tak paham ada juga orang yang namanya kerja di bahagian yang penting, lepas tu boleh pulak tak ada sesapa menjawab telefon selama 2 hari [masuk hari ni]. Ni perkara penting ni..


Sunday, November 29, 2009

main tarik tali

Tinggal 5 hari je lagi sebelum sy menamatkan notis. Tapi makin dekat nak memulakan karier kat tempat baru, makin sakan pulak nampaknya episod main tarik tali ni, bak kata cik miki it seems like everytime i decided on it, ada saja dilema baru yg timbul sampai kadang2 sy pun tak tahu sebenarnya kat mana tempat utk sy ni??

Sy patut rasa bersyukur atas kelebihan rezeki ni cuma sekarang sy harap Allah beri sy ketetapan hati untuk buat 1 keputusan yang betul. Di sini atau di sana?? Jujurnya, sekarang sy dah mula rasa excited nak ke sana tapi perlu ke sy tolak yg kat sini?? Dalam doa sy panjatkan agar hati sy tenang untuk memilih 1 antara 2, di tempat baru atau di tempat yg dah established dua-dua ada pros & cons masing-masing. Boleh sapa2 bagi pandangan kat sy?? Sy quote pandangan dari seseorang yang menjadi tempat sy merujuk & mintak nasihat:

"Benda yg berlaku masa depan ni bukan kita punya kuasa untuk menentukan. Kalau lepas berdoa hati u berat kat mana-mana, ikut saja. Mudah-mudahan itu yang terbaik. Jangan lupa minta mak ayah u berdoa untuk u, doa mereka lagi mustajab"

Walaupun awal-awal dulu my mom memang agak berharap kalau anaknya ni bekerja dekat, tapi sekarang both of them dah restu lah kalau tempat sy memang di sana. Tapi di sana ke sebenarnya??? Sy tau sy tak perlu & tak akan toss coin atau pluck rose petals utk buat keputusan, sy hanya perlu berdoa agar dalam sisa-sisa masa yang singkat ni sy boleh buat keputusan terbaik. Do pray for me, i really appreciate it guys!!

Saturday, November 28, 2009

Tinggal Kenangan

video

Lagu Tinggal Kenangan ni was originally sang by Gaby, an Indonesian singer. Ceritanya, Gaby cipta/nyanyi lagu ni selepas pacarnya meninggal. Yang tambah meremang, dikatakan Gaby pun bunuh diri lepas mencipta lagu ni [meremang je rasa] hihi.. apa2 pun i love this song, sangat sentimental!!

**credit to my bro Apit for the nice guitar plucking**

Friday, November 27, 2009

site visit

title tu kasi gempak je..hihi.. semalam dilanda kemalasan nak update blog, so di pagi aidiladha ni, sementara menunggu mood nak mandi sunat aidiladha sebelum solat sunat baiklah post entry.

semalam sy baru balik dr Kuala Terengganu, melihat bakal mertua oooppppsss hahaha melawat bakal rumah di KONDO Rakyat Kuala Ibai. [sekali lagi KONDO tu indah pada nama je, dia adalah flat sebenarnya] Thanks a lot to cik miki yg telah sama2 menemani dlm bas SP Bumi yg selesa walaupun kami hampir2 ditinggalkan akibat staf bas yg salah memberi instruction[marathon sebelum memulakan perjalanan adalah sgt best utk mendapat tidur yg lena di dalam bas]. Berselimutkan blanket atromen, mmg sgt lena la tidur.. pergi balik naik SP Bumi.. Thanks jugak kat Emma walaupun masih jet lag tetap bersemangat teman gi tengok rumah & jalan2 cari makan & pergi masjid kristal.



Walaupun kawasan kondo rakyat kuala ibai ni agak2 kurang kemas dgn parking yg merata-rata tp rasanya rumah sewa sy ni memang berbaloi-baloi sebab:

1) RM250/month fully furnished
[queen size bed in both rooms, fridge, washing machine, dinner table]
2) Just 5-10 mins drive to my workplace UDM Kota
3) Ada sebuah Mydin yg berdekatan
[kata Emma, Mydin menghidupkan kehidupan di KT..hihi]
4) Dekat dengan bandar so that sy boleh bershopping di MydinMall & Giant itu
5) Dekat dengan TER @ Terengganu Equestrian Resort
[boleh pergi main bowling nanti kat sini]
6) Rumah top floor tingkat 5 tak ada lif jd memang sesuailah utk menyihatkan jantung

Rasa-rasanya memang nak sewa rumah ni, ok lah untuk permulaan ni kan. Seriously i'm getting excited nak memulakan karier di tempat orang ni. Semalam siap buat budget on monthly expenses, almaklum kita dah duk jauh semua kena setel sendiri.

So itu saja, salam aidiladha kepada semua.. selamat makan ketupat rendang!!